smile....gotcha......

smile....gotcha......
a good example...

Isnin, Mei 04, 2009

Al-fatihah

Ajal maut di tangan Tuhan..segala-galanya berlaku dengan kehendakNya...
Pada minggu lepas bersamaan 30 April, hari Khamis....lebih kurang jam 5 .45 petang...seorang sahabat saya telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah kerana mengalami masalah pembuluh darah yang telah pecah.... Beliau merupakan seorang guru di SMK Pekan Nanas dan baru berumur 30 tahun.

Beliau telah jatuh sakit pada hari Ahad dan tidak hadir ke sekolah pada hari Isnin berikutnya. Namun saya dan suami tidak dapat menziarahi beliau kerana suami terlibat dengan tugas-tugas khas di Segamat pada hari Isnin hingga Khamis. Saya telah memohon cuti pada hari Rabu dan Khamis untuk mengikut suami bersama anak-anak. Kebetulan pada hari Khamis itu juga ibu mertua saya mengadakan kenduri arwah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia...oleh itu kami perlu sampai di kampung sebelum maghrib..dalam keadaan kelam-kabut untuk sampai ke kampung..kami teringat sahabat yang sedang sakit tadi di hospital...

Melalui perbualan dengan rakan-rakan...sahabat tersebut berada dalam keadaan koma..dan keadaannya sangat mendukacitakan....Oleh itu kami mengambil keputusan untuk terus pergi ke Hospital Sultanah Aminah dari Segamat dan akan berpatah balik semula ke Air hitam untuk menghadiri kenduri....

Kami sempat melihat arwah dalam keadaan nazak di Wad Neuro Lelaki....banyak wayar yg bersambung dengan badannya..dan lebih kurang 10 minit kami di situ..arwah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir...##########....saat-saat tersebut sangat menyedihkan...dan menginsafkan saya....apatah lagi apabila mesin degupan jantungnya mati secara tiba-tiba ketika saya berada di situ..AllahuAkhbar... segala-galanya berlaku dengan begitu pantas... mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang solihin..amin..

Sedekahkanlah Al-Fatihah buat sahabat kami, Saudara Mohd. Arif Anuar bin Melan.....Al-Fatihah...

Tiada ulasan: